Browse Categories
Newsletter

Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.




More information on product
Home > Products > Siri Cerita Klasik China 国语品读中华经典 > Pengembaraan Ke Dunia Barat 西游记
Pengembaraan Ke Dunia Barat 西游记
enlarge

Pengembaraan Ke Dunia Barat 西游记

Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM  12.90  11.60  
Item details
SKU: 9789674426408
Weight: 140 grams
Stock: Stock available

Brand: Gemilang Publishing
  Add To Facebook   Add To MySpace   Share This

Siri Cerita Klasik China disusun untuk tatapan pembaca, khususnya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Siri ini merupakan sajian yang istimewa, terutamanya bagi pelajar yang mempelajari mata pelajaran Bahasa Cina, mengenali secara dekat kebudayaan Cina. Setiap judul akan disertai dengan kata kunci bersama dengan aksara Cina dan sebutan hanyu pinyin. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pembaca merujuk kepada cerita asal. Sebanyak lapan judul telah disusun dan pemilihan dibuat secara teliti daripada ribuan karya yang sedia ada.

Pengembaraan Ke Dunia Barat ialah sedutan daripada hikayat klasik Xi You Ji. Hikayat tersebut dihasilkan oleh Wu Cheng'en, seorang pengarang Dinasti Ming. Hikayat tersebut berpandukan kisah pengembaraan seorang sami Buddha Dinasti Tang yang bernama Xuan Zhuang. Beliau bersama beberapa orang pengikutnya mengembara ke benua Tian Zhu (India) untuk mendalami ilmu agama dan kemudian berjaya mengangkut balik kitab-kitab Buddha ke Chang'an, ibu kota Dinasti Tang ketika itu. Pelbagai halangan dan rintangan ditemui sepanjang perjalanannya. Namun, segala aral dan lintang dapat diatasi dengan ketabahan dan keimanan yang kukuh. Hikayat ini dianggap sebagai sebuah karya klasik romantisisme China yang paling berjaya.