Browse Categories
Newsletter

Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.




More information on product
Home > Products > Siri Cerita Klasik China 国语品读中华经典 > Kisah Ajaib Alam Fantasi 镜花缘
Kisah Ajaib Alam Fantasi 镜花缘
enlarge

Kisah Ajaib Alam Fantasi 镜花缘

Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM  12.90  11.60  
Item details
SKU: 9789674426415
Weight: 140 grams
Stock: Stock available

Brand: Gemilang Publishing
  Add To Facebook   Add To MySpace   Share This

Siri Cerita Klasik China disusun untuk tatapan pembaca, khususnya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Siri ini merupakan sajian yang istimewa, terutamanya bagi pelajar yang mempelajari mata pelajaran Bahasa Cina, mengenali secara dekat kebudayaan Cina. Setiap judul akan disertai dengan kata kunci bersama dengan aksara Cina dan sebutan hanyu pinyin. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pembaca merujuk kepada cerita asal. Sebanyak lapan judul telah disusun dan pemilihan dibuat secara teliti daripada ribuan karya yang sedia ada.

Cerita-cerita dalam Kisah Ajaib Alam Fantasi dipelik daripada Jing hua Yuan, sebuah hikayat klasik Dinasti Qing. Karya Li Ruzhen ini mengisahkan pengalaman pengembaraan Tang Ao, Lin Zhiyang dan Duo Jiugong ke luar negara serta kisah anak mencari ayahnya,Tang Ao. Pemergian Tang Ao meninggalkan anak dan isterinya tanpa pesanan disebabkan kekecewaannya terhadap kegagalan mencapai kejayaan dalam peperiksaan awam. Dalam pengembaraan tersebut, mereka bertiga telah menemui pelbagai perkara dan manusia yang pelik-pelik. Mereka telah menjelajahi lebih daripada 30 buah negara. Antaranya ialah Negara Junzi, Negara Daren, Negara Liangmian, Negara Bai Min dan sebagainya. Penduduk negara-negara tersebut membawa sifat yang berbeza-beza. Antaranya, penduduk Negara Liangmian suka bermuka-muka, hipokrit dan penipu.