Browse Categories
Newsletter

Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.




More information on product
Home > Products > Siri Cerita Klasik China 国语品读中华经典 > Himpunan Cerita Prlik-Pelik 聊斋志异
Himpunan Cerita Prlik-Pelik 聊斋志异
enlarge

Himpunan Cerita Prlik-Pelik 聊斋志异

Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM  12.90  11.60  
Item details
SKU: 9789674426392
Weight: 140 grams
Stock: Stock available

Brand: Gemilang Publishing
  Add To Facebook   Add To MySpace   Share This

Siri Cerita Klasik China disusun untuk tatapan pembaca, khususnya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Siri ini merupakan sajian yang istimewa, terutamanya bagi pelajar yang mempelajari mata pelajaran Bahasa Cina, mengenali secara dekat kebudayaan Cina. Setiap judul akan disertai dengan kata kunci bersama dengan aksara Cina dan sebutan hanyu pinyin. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pembaca merujuk kepada cerita asal. Sebanyak lapan judul telah disusun dan pemilihan dibuat secara teliti daripada ribuan karya yang sedia ada.

Himpunan Cerita Pelik-Pelik ialah cerita-cerita terpilih daripada himpunan cerita Liao Zhai Zhi Yi. Karya tersebut dihasilkan oleh Pu Songling, seorang pengarang Dinasti Qing. Buku yang menghimpunkan 491 buah cerita ini cuba mengkritik dan menyelar masyarakat yang korup dan kucar-kacir menerusi gerapan pelbagai kisah aneh, sekali gus meluahkan jiwa dan isi nurani rakyat jelata yang tertekan. Justeru, watak hantu yang digambarkannya tidak mengundang rasa serik, sebaliknya membawa ciri-ciri kemanusiaan yang mesra. Pemikiran yang paling menonjol dan cuba diterapkan oleh pengarangnya ialah 'berbuat baik dibalas baik, berbuat jahat buruk padahnya'. Keistimewaan yang paling ketara dalam himpunan cerita ini ialah perwatakan wanita diberikan kedudukan yang penting dan mulia. Watak wanita yang digambarkan bukan sahaja cantik dari segi rupa paras, malah mempunyai sifat-sifat gigih dan mampu berdikari.