Browse Categories
Newsletter

Subscribe to our mailing list for latest news, events and promotions.




More information on product
Cetera Dewa-Dewi 封神演义
enlarge

Cetera Dewa-Dewi 封神演义

Rating: 0 out of 100 - based on 0 review(s) | Write Review | Add to Compare
RM  12.90  11.60  
Item details
SKU: 9789674426385
Weight: 140 grams
Stock: Stock available

Brand: Gemilang Publishing
  Add To Facebook   Add To MySpace   Share This

Siri Cerita Klasik China disusun untuk tatapan pembaca, khususnya pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah rendah. Siri ini merupakan sajian yang istimewa, terutamanya bagi pelajar yang mempelajari mata pelajaran Bahasa Cina, mengenali secara dekat kebudayaan Cina. Setiap judul akan disertai dengan kata kunci bersama dengan aksara Cina dan sebutan hanyu pinyin. Ini adalah bertujuan untuk memudahkan pembaca merujuk kepada cerita asal. Sebanyak lapan judul telah disusun dan pemilihan dibuat secara teliti daripada ribuan karya yang sedia ada.

Cetera Dewa-Dewi ialah sedutan daripada cerita Feng Shen Yanyi atau nama popularnya Feng Shen Bang, sebuah cerita kedewaan dan kesakitian. Cetera Dewa-Dewi dihasilkan pada zaman Dinasti Ming oleh Chen Zhonglin. Cerita yang berlatarkan zaman awal iaitu zaman Dinasti Shang ini menampilkan daya imaginasi yang luar biasa. Umpamanya kebolehan mengundang kehadiran angin dan hujan, memandu awan dan kabut,memacu roda berapi dan sebagainya. Ceritanya berkisar pada keruntuhan Dinasti Shang di bawah pemerintahan Raja Zhou akibat kezaliman dan kelekaannya. Penceritaan diterapkan dengan cerita dongeng dan kuasa sakti untuk menambahkan keseronokan dan cita rasa membaca.